My Blog List

Pages

Monday, May 13, 2013

BUAT SIMBOL PAKAI KEYBORD


dok belek2 fecebook.. tiba jumpak benda ni.. sekadar perkongsian.. sbb sy pon baru tau bleh buat bnda ni.. hahahahaha.


Friday, June 10, 2011

Gajah Mengamuk..

                                


Dua ekor gajah liar menginjak-injak seorang pemuda hingga mati dan menyerang dua ekor lembu di Mysore, India. Amukan gajah ini menyebabkan penduduk di kota tersebut panik dan huru-hara.

Pemuda berusia 55 tahun itu terbunuh ketika beliau ke luar rumahnya untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Pemuda itu terus terbunuh ketika diinjak gajah yang mengamuk itu. Dua ekor lembu juga terlempar dan terbunuh.

Demikian seperti disiarkan oleh Sky News, semalam Sekolah dan universiti terpaksa tutup dan pihak keselamatan ditambah untuk bersiap sedia di daerah tersebut.

Salah seorang anggota keselamatan menyalahkan masyarakat yang membangunkan perumahan di daerah perhutanan yang merupakan habitat dari gajah tersebut.

“Pembesaran kawasan pertanian dan meningkatnya pergerakan masyarakat serta bertambahnya kenderaan mengganggu habitat gajah dan menyebabkan gajah tersebut mengamuk masuk ke kampung,” ujarnya. -okezone







mcm ni pon ada!!!!

                                        


Barcelona: Seorang pencuri sanggup mengerekot dalam beg pakaian yang besar untuk mencuri barangan berharga dalam beg lain ketika berada dalam ruang bagasi bas lapangan terbang Sepanyol.

Menurut polis, pencuri itu mempunyai rakan yang akan membeli tiket bas dan meletakkan beg pakaian berkenaan dalam bas dari lapangan terbang Girona ke Barcelona di timur laut Sepanyol. 

“Sebaik perjalanan bermula dia akan keluar dari beg pakaian itu dan mennyelongkar beg lain untuk mencari barangan berharga serta menyorokkannya di dalam beg kecil yang dibawanya,” kata polis daerah Catalan dalam satu kenyataan.

Pencuri itu kemudian masuk semula ke dalam beg pakaian tadi yang akan diambil rakannya pada akhir perjalanan.

Berikutan kes kecurian yang berlaku berulang kali, polis mengesyaki satu beg mencurigakan di atas bas pada 3 Jun lalu dan membukanya.

“Mereka lihat seorang lelaki mengerekot dalam beg itu bagaikan ahli jimnastik,” kata kenyataan itu. - AFP

Tuesday, March 29, 2011

jenis2 kucing yang tiut miut!!!!!




Hari ni nak introduce kucing-kucing yang comel..selalu tengok kucing parsi ngan kucing siam jew kan..hehe3..

 
  • Kucing Siberia ( paling ensem)

     
  kucing nih asal dari rusia.. sejenis kucing hutan ..agak jarang2 ade kat malaysia.. yang paling dekat dia punya breeder pun kat singapore..huhu ken idam sangat nak dapat kucing nieh..mane tak nyew..rupa mcm singa kan..
bagi yang alahan dengan bulu kucing..disarankan bela kucing betina..sebb kucing nie satu2nyew kucing yang kurang kuarkan effect kat mereka yang alergic.. diorang ni sangat pandai dan amat setia ngan owner dia.. huarg..nak kucing nieh..^.^

  • Kucing Mainecoon (kucing macho)


sedara rapat siberia jugak..tapi diorang dikesan berasal dari  Amerika utara..diorang nieh size besar2..kat malaysia kucing nih dah banyak kowt..dan harga sangat2 mahal..huu ta mampu nak bela kucing nieh..ribu raban sekor2..tapi kucing2 jenis nieh best..dia lain dari yang lain..idaman setiap pembela kucing kowt ^.^

  • Kuceng Scottish Fold

 kucing nieh sangat2 elegan rupa dia..hee ^.^ chumel smpai ke besor..dari nama dia pun kita dah tahu dia asal dari scotland..dengan telinga tajam condong ke depan..diorang dikatakan rupa seperti burung hantu..kat tempat kita ade,tapi sangat2 susah nak jumpa..lain lar kalau orang tu breeder kan..haish suka tul tengok diorang..chumell.^.^

  • Kucing Munchkin(biskut munchy`s)hahaha

haa..yang korang selalu tengok kat utube yang kucing jalan2 comel2..ni lar dia..kadang banyak yang kacuk..lagi cumell..diorang nieh kaki kenit..asal dari german..dan dikacuk2 smpailar diorng jadik spesies yang stabil..hahak3..geram kan ^.^ meeoww.. 

Friday, March 18, 2011

binatang sayangkan anaknya... MENGAPA MANUSIA TIDAK???

                                      


Naluri kasih sayang di antara ibu dan anak tidak dapat dipisahkan.

Kalau kita melihat kesemua foto di bawah ini, lalu apa yang terlintas di benak kita semua? Binatang yang hanya dibekali naluri tanpa akal fikiran masih mampu melakukannya, lalu bagaimana dengan manusia? 

Bagaimana adanya kisah seorang ibu bergelar manusia tergamak membuang janin bayi yang dikandungnya dengan alasan mendatangkan aib baginya, bagaimana boleh ada seorang ibu yang tega menganiaya anaknya. Dosa perzinaan ditambahi dengan dosa pembunuhan. Semoga kita terhindar dari hal buruk seperti itu dan kembali hidup dalam kasih sayang. 
































Nah yang ini bagaimana pula?











 

SEJARAH PEMBINAAN KAABAH



                                                                                                                                     kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.

Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)


Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah Pada 1880

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah

Gambar lama Kaabah - secara dekat

Banjir Melanda Kaabah - 1941

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Banjir Melanda Kaabah

Pandangan Atas Kaabah

Maqam Nabi Ibrahim a.s.

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Kaabah Waktu Malam

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Gambar Kaabah Pada Musim Haji

Menukar Kelambu Kaabah

Struktur Dalaman Kaabah

Pelan Dalaman Kaabah





Anak Ayah Pin Cemerlang Dalam Pelajaran



                                                                                                                              jertih: “Saya tidak tertekan dengan kisah ayah yang menjadi tumpuan rakyat negara ini, sebaliknya ia membakar semangat untuk berjaya dalam pelajaran,” kata Mohd Khairul Adhar Arifin, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut, yang memperoleh 4A, sekali gus menjadi antara 12 pelajar cemerlang STPM Terengganu 2010. 

Gambar: MOHD KHAIRUL menunjukkan slip keputusan peperiksaan STPM diterimanya, semalam.

Mohd Khairul berkata, sejak ayahnya yang lebih dikenali masyarakat sebagai Ayah Pin, meninggalkan ibunya Che Jaharah Awang, 52, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana menyebarkan ajaran sesat, dia bertekad berjaya dalam pelajaran bagi membalas jasa ibunya.

Beliau yang mendapat A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sastera dan Seni Visual berkata, hanya mengetahui mendapat keputusan cemerlang selepas dihubungi guru sekolahnya dan berhasrat memasuki pusat pengajian tinggi untuk merealisasikan cita-citanya menjadi guru.

“Saya datang ke sekolah hari ini (semalam) selepas menerima panggilan guru untuk menerima slip keputusan STPM,” katanya ditemui selepas menerima keputusan STPM daripada Ketua Penolong Pengarah Akademik (Bahasa) Jabatan Pendidikan Terengganu, Che Soh Muda di sekolah itu semalam.

Selain Mohd Khairul, seorang lagi pelajar sekolah itu yang mendapat 4A ialah Nor Masrina Masri, 18, tetapi tidak dapat hadir ke sekolah kerana bekerja sementara di klinik swasta di Kuala Lumpur. -BH

Ulasan GB

GB berharap berita di atas diterima sebagai satu berita semata-mata. Bukan bertujuan untuk mempromosi ajaran Ayah Pin.

Jangan pula selepas ini ramai ibubapa berpusu-pusu nak cari Ayah Pin untuk menuntut ilmunya sehingga mendapat anak yang pandai.

Moralnya, sesiapa pun, tak kira anak penoreh, anak penyapu sampah, anak menteri, malah anak orang sesat seperti Ayah Pin pun, jika rajin belajar akan memperolehi kejayaan.